Kerajaan Sahkan Tiada Pencemaran Radioaktif Di Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada pencemaran radioaktif Fluorine-18 dikesan di luar premis syarikat pengeluar radio farmaseutikal di Selangor yang disita berikutan empat pekerjanya dikesan dicemari bahan radioaktif yang tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pencemaran hanya dikesan dalam bilik penghasilan radiofarmaseutikal di premis itu dan empat daripada pekerja syarikat itu terlibat.

"Tiada pencemaran radioaktif dikesan dalam pejabat am syarikat berkenaan. Tiada pekerja lain juga dikesan tercemar serta tidak timbul risiko pencemaran silang bagi keempat-empat pekerja terbabit," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ongkili sebelum ini berkata, pencemaran radioaktif itu dikesan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) melalui Sistem Pemonitoran Sinaran Portal (RPM) pada 11.30 pagi pada 2 Jun lepas ketika keempat-empat pekerja tersebut datang ke AELB untuk berurusan dengan Bahagian Pelesenan.

Kadar bacaan diperoleh adalah sekitar 30,000 hingga 50,000 bacaan seminit iaitu pada kadar 400 kali lebih tinggi daripada bacaan normal.

Bagaimanapun, Ongkili berkata Fluorine-18 mempunyai tempoh separuh hayat yang pendek iaitu 110 minit dan selepas 10 kali tempoh separuh hayat iaitu selepas 20 jam, bacaan sinaran akan kembali ke paras normal.

"Justeru itu, ia tidak akan menimbulkan risiko sinaran kepada pekerja tercemar, orang awam atau alam sekitar," katanya.

Beliau menjelaskan, syarikat berkenaan juga telah mengemukakan rayuan supaya sitaan dibatalkan memandangkan ia telah mematuhi semua syarat dan melaksanakan penambahbaikan daripada masa ke semasa.

Setakat ini tiada denda dikenakan kepada syarikat berkenaan memandangkan ia merupakan kesalahan pertama selain mereka telah mematuhi semua prosedur ditetapkan, kata Ongkili.

"Tindakan penyitaan ini adalah sebagai amaran kepada semua kemudahan, orang dan pemegang lesen untuk sentiasa menggunakan standard keselamatan yang tinggi seperti diperuntukkan dalam perundangan dan lain-lain peraturan berkaitan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan