Bekas Polis Yang Berkhidmat Ketika Darurat Bakal Terima Imbuhan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seramai 50,000 bekas anggota polis di seluruh negara yang berkhidmat di zaman darurat bakal menerima imbuhan daripada kerajaan, kata Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Shafie Bakri.

Beliau berkata imbuhan itu merupakan satu usaha bagi menjaga kebajikan bekas polis yang berkhidmat semasa darurat dari tahun 1948 hingga 1960 di Tanah Melayu dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak.

"Perjanjian persefahaman telah pun dibuat bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kami mencadangkan beberapa imbuhan buat bekas anggota polis ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-35 Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Melaka di Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah di sini, Jumaat.

Shafie berkata antara cadangan yang diberikan adalah sumbangan ikhsan untuk bekas anggota polis itu.

"Bekas anggota polis ini tidak memiliki pencen ataupun sebarang imbuhan disebabkan pada zaman perlantikan mereka, ia diadakan secara adhock atau beramai-ramai dan syarat perlantikan pada ketika itu tidak diterangkan," katanya.

Shafie berkata cadangan lain seperti Pingat Jasa Pasukan Polis bagi bekas anggota polis dan juga anggota polis yang masih berkhidmat.

"Pingat ini bertujuan mengenang jasa baik bekas anggota polis yang berkhidmat di zaman darurat dan juga anggota polis yang masih lagi berkhidmat yang telah banyak berkorban demi mempertahankan negara," katanya.

Selain itu, Persatuan Bekas Polis Malaysia turut mencadangkan agar bahagian hal ehwal bekas polis dinaik taraf menjadi jabatan hal ehwal veteran bekas polis bagi menjaga kebajikan bekas anggota polis.

"Harapan kami dengan adanya jabatan ini, ia akan membuat bajet sama seperti peranan Jabatan Hal Ehwal Bekas Tentera dalam membela kebajikan bekas-bekas polis di seluruh negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan