Serangan Penggodam

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laman web tempatan telah digodam lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan oleh kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka, Anonymous.

Kumpulan penggodam dari luar negara itu sebelum ini berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.

Sehingga petang Rabu, laman Twitter melaporkan sebanyak 27 laman web digodam.

Bagaimanapun, laman web tersebut tidak dapat dikenalpastikan. Pihak berkuasa pula tidak mengesahkan ketepatan tweet tersebut.

Antara laman yang diketahui digodam ialah Sabah Tourism, www.sabahtourism.com . Kerosakan pada laman itu dikesan pada awal Rabu oleh Ketua Eksekutif sebuah syarikat yang menganjurkan persidangan keselamatan.

"Saya lihat sebahagian laman web dipadamkan," kata Dhillon Andrew Kannabhiran yang mengetuai Hack In The Box (M) Sdn Bhd. "Saya baru kembali dari lawatan ke luar negara."

Laman web Sabah Tourism tidak dapat diakses selepas serangan tersebut.

Syarikat perisian keselamatan komputer, F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd menyokong hujah Dhillon.

Penasihat keselamatan syarikat tersebut untuk rantau Asia, Goh Su Gim berkata, laman web Sabah Tourism terjejas ekoran serangan itu.

"Lebih buruk lagi, maklumat daripada 392 pengguna akaun berjaya digodam dan disebarkan kepada orang ramai," katanya.

Maklumat yang disiarkan secara dalam talian termasuk alamat e-mel dan kata laluan.

Pada laman web terbabit, penggodam tersebut mendakwa mempunyai maklumat lebih 3,400 pengguna dari laman web Sabah Tourism tetapi mereka hanya mendedahkan maklumat 392 pengguna.

Para penggodam terbabit yang turut mendakwa mereka merupakan anggota Anonymous memberitahu, objektif mereka berbuat demikian adalah untuk menunjukkan betapa mudahnya laman web itu digodam dan tidak mendatangkan apa-apa bahaya.

Menurut Dhillon lagi, laman web www.tourmalaysia.com.my turut digodam dan dirosakkan pada Rabu. Dia memeriksa laman web itu selepas mendapati laman web Sabah Tourism digodam.

Ia dicoret dengan perkataan: "Deface by Kambeng Merah: Credit to DarkJawa."

Satu lagi laman web digodam ialah www.cidb.gov.my yang dimiliki Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Ia dirosakkan dengan mesej panjang yang menyalahkan kerajaan kerana menapis Internet. Bagaimanapun, laman web itu kembali kepada keadaan asalnya selepas beberapa ketika.

Dhillon percaya laman-laman web itu mungkin tidak digodam oleh kumpulan Anonymous.

"Kumpulan penggodam itu melakukan serangan terancang dan berpegang teguh kepada janjinya apabila melancarkan serangan," katanya.

"Ini mungkin kerja lain-lain penggodam yang ingin tumpang publisiti."

Pemantau keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia mengesahkan beberapa laman web digodam. Ia bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan serta identiti laman terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (Bersara) Datuk Husin Jazri berkata: "Kami tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini."

Menurutnya, pihak berkuasa terbabit sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan untuk menangani serangan penggodam itu.

Anonymous menjelaskan bahawa mereka merancang untuk menggodam www.malaysia.gov.my sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk menghalang akses sepuluh laman perkongsian fail.

Laman-laman web tersebut paling kerap diakses rakyat negara ini untuk memuat turun filem tanpa izin.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan