Puteri Umno Buat Laporan Bantah Perhimpunan Bersih - Berita Semasa | mStar

Puteri Umno Buat Laporan Bantah Perhimpunan Bersih

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pergerakan Puteri Umno Selangor pada Khamis membuat laporan polis membantah perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Selangor, Suhaila M. Zin di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 9.40 pagi.

Polis semalam meminta penganjur Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan di sini selain di Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

Sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.

Di KOTA BAHARU, Wanita Pertubuhan Majlis Setia Rakyat Kelantan (Setia) turut membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan itu.

Laporan oleh Ketua Setia Noormala Nordin itu dibuat di Balai Polis Kota Baharu kira-kira pukul 9.30 pagi. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan