Perhimpunan Bersih Bukti Parti Pembangkang Takut Berdepan Pilihan Raya Umum

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Tindakan menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan parti pembangkang takut berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Menurut beliau parti pembangkang sanggup menggunakan gelanggang jalan raya untuk menentukan kedudukan mereka dan meraih sokongan rakyat.

"Kalau mereka berani untuk menyatakan rakyat bersama mereka, kenapa perlu menimbulkan rusuhan atau perhimpunan secara haram di jalanan.

"Tindakan itu boleh merosakkan perniagaan, perjalanan teksi dan usaha orang mencari nafkah hidup akan terbantut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kinabatangan di sini Khamis.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merancang mengadakan perhimpunan secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyifatkan penubuhan Bersih kononnya sebagai pertubuhan bukan kerajaan bagi memantau perjalanan pilihan raya hanya didalangi oleh parti pembangkang yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan pilihan raya di negara ini.

Katanya dakwaan mereka itu tidak berasas kerana sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, mereka telah dapat memerintah Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah selepas pilihan raya umum lalu.

"Mengadakan rusuhan dan perhimpunan di jalan raya bukan tindakan untuk menyelesaikan masalah malah ia akan membantutkan usaha kerajaan menyuburkan ekonomi negara.

"Saya nasihatkan orang ramai jangan terpedaya oleh pihak tidak bertanggungjawab ini. Pilihlah pemimpin ketika proses pilihan raya," katanya.

Di JITRA, Perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini terus mendapat bantahan badan bukan kerajaan (NGO) dengan yang terbaru 12 anggota jawatankuasa Persatuan Bekas 9 RAMD (Rejimen Askar Melayu DiRaja) Zon Utara diketuai pengerusinya Zainol Ahmad membuat laporan polis di Balai Polis Jitra, pukul 11.39 pagi ini.

Menurut Zainol, persatuan itu membantah perhimpunan itu kerana ia tidak memberi faedah sebaliknya memberi kesan buruk kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Perhimpunan ini jelas salah di sisi undang-undang. Rakyat yang ingin menyuarakan pendapat seharusnya menyampaikannya melalui saluran betul bukan dengan mengadakan perhimpunan haram," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan tersebut demi memelihara kepentingan awam dan negara.

Baru-baru ini, Mohamad Sabu dalam ceramah sulungnya selepas dilantik sebagai timbalan Presiden PAS menegaskan parti itu tetap menghantar seramai mungkin anggotanya ke perhimpunan tersebut walaupun tidak mendapat kelulusan kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan