Nafi Berita Palsu: Wartawan Utusan Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Wartawan Utusan Malaysia Biro Selangor, Abdul Yazid Alias, 31, pada Khamis membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim kononnya dia mereka-reka berita berhubung ulasan wakil rakyat DAP itu tentang pengguguran Datuk Dr Hassan Mohamed Ali sebagai Pesuruhjaya PAS negeri.

Abdul Yazid membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 pada pukul 3.30 petang dan keluar dari balai tersebut pada pukul kira-kira dua jam kemudian.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Biro Utusan Malaysia Selangor, Helmi Mohd. Foad dan wartawan sambilan Utusan Malaysia, Abdul Razak Idris.

Abdul Yazid berkata, laporan tersebut dibuat sebagai menafikan dakwaan wakil rakyat tersebut bahawa tiada wartawan akhbar itu menemui atau menghubunginya bagi mendapatkan bahan berita yang tersiar pada Selasa lalu bertajuk `Pengguguran Hassan disambut baik DAP'.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk melaga-lagakan PAS dan DAP ekoran penulisan berita itu sebaliknya hanya mendapatkan pandangan DAP dalam isu pengguguran Hassan.

``Saya sememangnya kebetulan menemui Ng pada 13 Jun lalu di sebuah kedai runcit di Seksyen 9 yang berdekatan dengan pejabat Utusan Malaysia di sini dan sebagai wartawan saya mengambil inisiatif bertanyakan pandangannya sebagai wakil rakyat DAP mengenai penguguran Hassan.

``Saya sudah lama mengenali wakil rakyat itu dan kami saling mengenali malah saya sendiri sebelum ini pernah menemuinya dan menghubunginya sebagai wartawan Utusan Malaysia,'' katanya.

Laporan polis berkenaan dibuat ekoran kenyataan Ng seperti yang dilaporkan oleh portal berita, Malaysiakini pada Khamis bertajuk, `Berita Palsu: ADUN Sekinchan buat laporan polis'.

Ng membuat laporan polis semalam terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ia menyiarkan berita palsu supaya DAP dan PAS berbalah.

Laporan akhbar itu kelmarin menyebut Ng menganggap pengguguran Hassan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor akan memantapkan hubungan pakatan pembangkang di negeri ini.

``Bukan kita (DAP) tidak suka, tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan PAS negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor,'' katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan