KPDNKK Buka Empat Kertas Siasatan Di Bawah AMLA

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuka empat kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin berkata empat kes itu, dua daripadanya telah dibekukan aset mereka dan dua lagi masih lagi dalam siasatan.

"Aset yang dibekukan itu ialah 17 akaun bank dan 27 buah kenderaan dengan nilai keseluruhan RM732,000. Ia akan dibekukan untuk tempoh 90 hari," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Roslan berkata usaha itu untuk menunjukkan bahawa kerajaan serius membanteras kegiatan cetak rompak kerana menerusi akta Amla itu mampu menyekat pihak yang terbabit daripada meneruskan operasi mereka.

Pada 2007 kerajaan memutuskan untuk mengenakan tindakan bagi pesalah yang melakukan cetak rompak di bawah Amla yang membolehkan pesalah dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM5 juta atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Untuk tempoh Januari hingga sekarang, sejumlah 34 tindakan penguatkuasaan bagi mencegah penggunaan perisian cetak rompak telah dijalankan dengan nilai rampasan berjumlah RM5.2 juta membabitkan 226 komputer dan 874 disyaki salinan perisian cetak rompak, katanya.

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata di bawah program Gerak Gempur Cetak Rompak, satu anugerah khas 'Genuine Corporate Award' akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang menyokong penggunaan perisian asli dengan kerjasama Business Software Alliance (BSA) Sofware Audit Programme.

Katanya setakat ini BSA sudah menghantar sejumlah 7,000 surat untuk mempelawa syarikat menyertai program itu, sesiapa yang berminat boleh layari laman web www.bsa.org/malaysia atau hubungi talian 603-62055295 atau 1 800 887 800. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan