Kerajaan Pandang Serius Isu Penggodam - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan akan memberi kesan besar kepada sistem maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) untuk rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kerajaan memandang serius serangan penggodam tersebut dan sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.

"Kita akan tunggu laporan bagaimana perkara ini hendak ditangani dan berharap agar tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan, kita perlu beri perhatian dan pihak bertanggungjawab iaitu SKMM kini memantau perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan yang bergelar "Anonymous" yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

Kumpulan itu bertindak demikian kerana mendakwa Malaysia menyekat hak asasi dengan membuat sekatan, bukan saja Internet malah tayangan filem dan siaran televisyen.

Muhyiddin berkata kerajaan memberikan jaminan bahawa dasar kerajaan untuk tidak menyaring internet akan terus dilaksanakan.

"Tetapi kalau ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan ataupun melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara maka SKMM ada hak dan kuasa untuk ambil tindakan.

"Ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang menyekat hak kebebasan untuk kita dapatkan perkhidmatan menerusi internet. Kita pantau sama ada apa-apa perkara yang boleh membawa kesan kepada keselamatan negara," katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa Kementerian Pelancongan membazirkan RM1.8 juta apabila mengadakan laman Facebook untuk mempromosikan pelancongan negara, Muhyiddin berkata kabinet akan mendapatkan laporan lengkap daripada menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen esok.

"Saya tidak dapat maklumat secara terperinci sama ada kadar yang ditetapkan itu munasabah atau tidak, ia telah dibawa ke Parlimen dan dijelaskan. Mungkin kabinet esok akan dapatkan laporan dari menteri dan beliau boleh jelaskan apa asas-asasnya," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak akan berselindung mengenai perkara yang melibatkan soal perbelanjaan negara dan beliau yakin kementerian tersebut telah membuat pertimbangan yang agak munasabah mengenai angka itu.

"Ada sesetengah pihak katakan ia agak tinggi sebenarnya, tetapi bagi kementerian itu kadar yang berpatutan, kita tidak boleh lihat Facebook itu macam buka akaun sahaja, urusan-urusan lain mungkin melibatkan kos-kos tambahan," katanya.

Semalam, Ng menjelaskan kementeriannya memperuntukkan RM1.8 juta untuk mewujudkan, mengurus dan memantau kempen pelancongannya dalam media sosial melalui penyiaran iklan enam acara utama yang memerlukan kos tinggi, sekaligus menolak dakwan kononnya peruntukan itu hanya digunakan untuk mewujudkan laman Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan