Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen Tengah Malam Rabu - Berita Semasa | mStar

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen Tengah Malam Rabu

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa pukul 12 tengah malam Rabu, harga petrol RON97 akan turun 10 sen, menjadikan harga bahan bakar itu RM2.80 seliter.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata penurunan harga itu selaras dengan harga pasaran semasa dunia.

"Eloklah harganya turun, ia boleh mengurangkan beban pengguna petrol RON97, walaupun hanya 10 sen, sekurang-kurangnya ia ada penurunan," katanya kepada Bernama di sini malam Rabu.

Sejak awal tahun ini, petrol RON97 telah mengalami empat kenaikan sehingga mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.90 seliter. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan