Bersih 2.0 Tetap Diteruskan – Nasrudin

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda PAS pada Khamis menegaskan Himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan tetap diadakan pada 9 Julai ini biarpun polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, Pakatan Rakyat tidak akan gentar dengan sebarang ancaman daripada pihak berkuasa kerana mereka menuntut sebuah sistem pilihan raya yang telus dan adil.

“Biar 1,000 laporan polis mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini.

“Justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam,” katanya dalam entri terbaru blognya di sini pada Khamis.

Menurut Nasrudin, sekiranya sistem pilihan raya dilaksanakan secara adil dan bersih tanpa manipulasi pihak tertentu sudah pasti Pakatan Rakyat mampu menang di lapan buah negeri pada pilihan raya umum 2008 .

“Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Bersih 2.0,” katanya.

Justeru, Nasrudin berkata pihak berkuasa khususnya polis tidak perlu risau dengan penganjuran Bersih 2.0 kerana ia akan dilaksanakan secara aman tanpa sebarang provokasi.

“Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal perhimpunan itu sebagaimana mereka boleh mengawal perhimpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan Hari Kemerdekaan, Malam Citrawarna dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menempelak sikap Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang mahu mengadakan perarakan pada hari dan tempat yang sama.

“Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama?

“Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak Bersih 2.0,” katanya.

Sebelum ini Bersih dijadualkan mengadakan demonstrasi kedua bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil pada 9 Julai ini.

Sehubungan itu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali turut mengumumkan bahawa pertubuhan itu akan turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama bertujuan menghalang demonstrasi Bersih.

Pada Rabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran bahawa pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana kumpulan yang akan menyertai perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai depan.

Hishammuddin berkata, polis akan bertindak secara adil kepada dua kumpulan - Bersih dan Perkasa yang dijangka akan mengadakan demonstrasi pada tarikh yang sama.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan