58,094 Kes Tuntutan Pengguna Berjaya Diselesaikan TTPM - Ismail Sabri - Berita Semasa | mStar

58,094 Kes Tuntutan Pengguna Berjaya Diselesaikan TTPM - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjaya menyelesaikan 58,094 kes yang difailkan pengguna terhadap pembekal barangan dan perkhidmatan atau pengilang dengan nilaian berjumlah RM135.2 juta bagi tempoh Januari 2000 sehingga 31 Mei lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu membabitkan 97.73 peratus daripada 59,441 kes dengan jumlah tuntutan bernilai RM275.6 juta.

Katanya dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sebanyak 4,542 tuntutan yang didaftarkan berbanding pemfailan sebanyak 2,272 bagi tempoh sama pada tahun lepas.

"Saya percaya peningkatan ini disebabkan oleh kesedaran pengguna dan promosi secara meluas yang dilakukan melalui program-program kementerian seperti ceramah, seminar, taklimat dan publisiti melalui media massa.

"Malah lebih banyak tuntutan lagi akan dibuat selepas pelancaran portal 1Malaysia Pengguna Bijak pada minggu lepas kerana pengguna boleh mendaftarkan tuntutan mereka hanya melalui SMS (sistem pesanan ringkas)," katanya ketika melancarkan Malaysian Consumer Law Journal (My.Consum.L.J) di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini Rabu.

Turut hadir Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi TTPM Pretam Singh Darshan Singh.

Beliau berkata pengguna boleh mendaftar tuntutan melalui SMS dengan menaip TTPM Tuntut dan sertakan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan aduan dan hantar ke 15888.

Ismail Sabri berkata TTPM kini mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memperluaskan penyampaian dan perkhidmatan.

Katanya dalam tahun ini 10 cawangan baru TTPM telah dibuka iaitu di Batu Pahat, Muar, Port Dickson, Taiping, Seri Manjung, Kulim, Gombak, Kuala Kubu Baru, Sri Aman dan Keningau.

"Kita memperbanyakkan cawangan TTPM ini adalah untuk memudahkan pengguna membuat tuntutan manakala presiden TTPM akan bertugas secara giliran sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada aduan yang diterima," katanya.

Mengenai My.Consum.L.J yang julung kali diterbitkan di Malaysia, Ismail Sabri berkata ia merupakan suatu percubaan, menerbitkan keputusan TTPM, artikel dan rencana mengenai isu-isu perundangan yang berkaitan dengan pengguna secara spesifik.

"Jurnal ini dijadikan rujukan kepada presiden TTPM untuk membuat keputusan dan dijadikan bacaan umum kepada pengguna bagi meluaskan pengetahuan mereka mengenai hak-hak pengguna," katanya.

Cetakan 500 pertama jurnal itu akan dijadikan rujukan di perpustakaan, mahkamah dan pejabat KPDNKK. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan