Tatoo Di Badan Bukan Penghalang Sertai ATM - Berita Semasa | mStar

Tatoo Di Badan Bukan Penghalang Sertai ATM

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lukisan tatoo pada badan tidak menjadi penghalang kepada mana-mana individu untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), persidangan Dewan Rakyat diberitahu Rabu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata ATM lebih mementingkan calon memenuhi kriteria seperti lulus pemeriksaan perubatan, lulus ujian fizikal, dan untuk pegawai, perlu memenuhi keupayaan memimpin dan merancang.

"Mereka yang mahu menyertai ATM juga perlu lulus beberapa ujian kecerdasan mental (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ). Kalau ada tatoo banyak sekalipun, seseorang itu lulus semua ujian kelayakan, dia pasti akan diterima," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti).

Kepada soalan wakil yang sama sama ada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi keutamaan menyertai pasukan tentera, Abdul Latiff berkata, mereka ini diberi keutamaan sekiranya berminat menyertai ATM, Polis Diraja Malaysia ataupun Jabatan Pertahanan Awam.

Terdahulu menjawab soalan Ahmad Lai, beliau berkata ATM tidak menghadapi kesukaran mendapatkan anak watan Sarawak untuk berkhidmat dalam pasukan itu.

Malah, katanya, daripada jumlah pengambilan rekrut ATM dalam tempoh 2009 hingga 2011, seramai 661 orang (8.8 peratus) daripada keseluruhan 7,510 rekrut adalah dari dari Sarawak.

Mengenai penggunaan media baru sebagai untuk mengiklankan pengambilan anggota baru untuk tentera, Abdul Latiff berkata kementerian masih mengguna pakai media arus perdana tetapi akan membuat pertimbangan untuk menggunakan Youtube, Facebook dan Twitter untuk tujuan itu.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan