Sultan Johor Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-224 - Berita Semasa | mStar

Sultan Johor Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-224

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel, dan Kedah oleh Tunku Bendahara Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kecuali Kelantan, Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka oleh Ketua Menteri masing-masing.

Sultan Kelantan diiringi wakil Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan