Star-NUJ Tandatangani Perjanjian Bersama Yang Baru

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Star Publications (M) Bhd dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Cawangan The Star telah menandatangani Perjanjian Bersama (CA) yang baru, pada Rabu.

Ia adalah CA yang ke-11 untuk cawangan ini dan akan berkuatkuasa untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Februari tahun lepas.

Hadir pada majlis menandatangani perjanjian baru itu ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datin Linda Ngiam, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi, Ho Kay Tat yang mewakili syarikat manakala wakil-wakil NUJ adalah terdiri daripada Setiausaha Agungnya, V. Anbalagan, Presiden, Chin Sung Chew, Pengerusi Star NUJ-Star, Teh Eng Hock dan Setiausaha NUJ-Star, Lisa Goh.

Turut hadir menyaksikan upacara menandatangani perjanjian itu ialah pegawai-pegawai kanan syarikat serta ahli-ahli jawatankuasa NUJ-Star.

Perjanjian ini menyaksikan kenaikkan gaji pokok sebanyak 13 peratus meliputi semua peringkat di Jabatan Pengarang.

Ia juga akan menyaksikan pertambahan untuk elaun buku dari RM260 kepada RM400 setahun dan satu lagi elemen baru yang terkandung di bawah perjanjian baru ini ialah peruntukkan elaun khas kepada penyunting sebanyak RM430 sebulan.

Cuti bersalin (kepada staf editorial yang pertama kali melahirkan anak) turut menyaksikan pertambahan hari dari 60 kepada 75 hari. Sementara itu, Linda dalam ucapan ringkasnya memuji jawatankuasa NUJ-Star kerana telah memperlihatkan kematangan yang sebenar ketika di meja rundingan walaupun hampir kesemua mereka masih muda dan berumur di awal 20-an.

"Apa yang penting ialah kedua-dua pihak iaitu majikan dan NUJ telah memperlihatkan keikhlasan mereka dalam proses mencapai kata sepakat. Ia bukanlah tentang siapa menang dan siapa kalah tetapi ia adalah tentang apa yang terbaik kepada syarikat...kita semua akhirnya berkhidmat untuk syarikat yang sama," tegas beliau.

Dalam nada yang berseloroh, Linda turut menyatakan rasa gembiranya kerana CA ini berjaya ditandatangani sebelum beliau bersara.

Manakala Teh pula dalam ucapan ringkasnya sebelum itu berkata, mereka mula memasuki meja rundingan pada November tahun lalu dan berjaya mencapai persefahaman enam bulan kemudian.

"Hari ini adalah hari yang bersejarah kerana akhirnya, selepas sekian lama kita berunding kita telah mencapai persefahaman untuk CA yang baru yang saya percaya antara yang terbaik pernah kita capai bersama," ujarnya.

Selain itu, lain-lain perubahan pada CA kali ini termasuklah tuntutan kerja lebih masa yang telah dinaikkan sebanyak RM15 lagi, elaun subsisten separuh hari turut dinaikkan dari RM25 kepada RM33, elaun subsisten penuh juga naik dari RM50 kepada RM65.

Untuk tugasan yang mengambil masa sehingga lebih 10 jam termasuk waktu perjalanan, ahli-ahli boleh membuat tuntutan subsisten penuh walaupun tidak bermalam di tempat tugasan berkenaan.

Begitu juga dengan elaun kenderaan yang turut menyaksikan kenaikkan sebanyak RM15 lagi dan tuntutan perbatuan (mileage)yang ditambah dari 50 sen sekilometer kepada 55 sen sekilometer.

Elaun untuk ahli yang menggunakan kenderaan pula telah dinaikkan kepada RM520 sebulan.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan