Segerakan Kelulusan Berkaitan Projek Kerjasama Awam Swasta - KSN

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua kelulusan yang berkaitan projek kerjasama awam swasta, penswastaan dan dana mudahcara yang dikendalikan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, wajar disegerakan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata komitmen pelaburan sektor swasta yang diperolehi tidak akan bermakna sekiranya ia tidak disusuli dengan pelaburan sebenar.

"Ini selaras dengan pendekatan kerajaan di bawah Model Ekonomi Baru yang memberi penekanan kepada pelaburan swasta sebagai penggerak utama ekonomi negara," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKAS dan penyerahan kad laporan UKAS sempena ulang tahun kedua penubuhan agensi tersebut, di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Pengarah UKAS Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Mohd Sidek berkata satu pencapaian yang membanggakan apabila UKAS berjaya mendapatkan komitmen pelaburan sebanyak RM40 bilion, pada tahun ini.

Katanya pencapaian tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan, iaitu sebanyak RM30 bilion untuk projek-projek kerjasama awam swasta, penswastaan dan dana mudahcara.

Sementara itu, Mohd Sidek berkata sektor awam juga perlu mengaplikasikan 'daya pembaharuan', iaitu mengamalkan budaya berinovatif dan mempunyai idea-idea baru untuk membuat sesuatu pembaharuan'.

"Contohnya, UKAS sebagai sebuah agensi pusat yang baru (Greenfield organization) telah mempraktikkan 'daya pembaharuan' khususnya dalam usaha untuk mengurangkan kerenah briokrasi.

"Amalan ini akan memberi implikasi yang banyak terutamanya dapat meningkatkan keberkesanan dan penjimatan kos dan seterusnya meningkatkan lagi daya saing negara kita di pasaran dunia," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan