MOSTI Tubuhkan Pusat NanoMalaysia Bernilai RM200 Juta Di Taman Hitech Senai

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND), unit kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), akan mewujudkan sebuah komplek Pusat NanoMalaysia bernilai RM200 juta di Taman Teknologi Tinggi Senai, Johor.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata projek itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 akan menjadi yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi memacukan lagi perkembangan nanoteknologi.

"Pusat itu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan dengan pusat-pusat pentadbiran dan inkubasi," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo NanoMalaysia 2011 di sini Rabu.

Ia akan bertindak sebagai satu pusat sehenti untuk aktiviti nano sains dan teknologi dan menyediakan "hubungan yang hilang" antara makmal dan pasaran.

Pusat itu akan dimajukan oleh Senai High Tech Park Sdn Bhd menerusi konsep kerjasama swasta-awam. Ia akan diuruskan oleh NND dengan perbadanan NanoMalaysia Bhd sebagai jentera komersil.

Pembangunan pusat itu ialah sebahagian daripada Hala Tuju Program NanoMalaysia bagi memudahkan dan menyediakan platform pengkomersilan, termasuk kemudahan inkubator teknologi.

Ongkili berkata pusat itu bertujuan mewujudkan kelompok besar penting usahawan dan memudahkan kewujudan syarikat-syarikat berasaskan nanoteknologi baharu.

"Ia akan menyediakan infrastruktur dan kemudahan dengan persekitaran kondusif bagi aktiviti penyelidikan nano hiliran, serta sebagai tempat kerja para saintis dan pakar nanoteknologi," kata beliau.

Di bawah Pelan Induk Program NanoMalaysia selama 10 tahun dari tempoh 2010-2020, ia dijangka dapat meningkatkan bakat dengan pengetahuan tinggi dalam sains nano dan teknologi dan mengkomersilkan tiga produk tempatan iaitu aerogel, tiub nano karbon dan pemangkin nano pada 2012/2013.

Program itu bertujuan menjana antara RM100 juta dan RM150 juta dalam perniagaan pada tahun 2012/2013 dan RM300 juta pada 2015.

Pada majlis itu, MOSTI telah mengiktiraf lima pusat penyelidikan dan pembangunan kecemerlangan daripada 17 seluruh negara bagi menyumbang ke arah mencapai aspirasi nano Malaysia.

Kelima-lima pusat itu ialah Pusat Inovatif Nanostruktur dan Nanoperanti Universiti Teknologi Petronas; Institut kajian Sains Fundamental Ibnu Sina Universiti Teknologi Malaysia; Institut Kejuruteraan Mikro dan Nano Elektronik Universiti Kebangsaan Malaysia; Institut Kejuruteraan Nano Elektronik Universiti Malaysia Perlis; dan, Mimos Nanoelectronics.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan