Mi Segera Keluaran China Bebas Bahan Kimia

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan produk mi segera keluaran China jenama 'Shin Ramyun' bebas daripada pencemaran bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata analisa pihaknya ke atas produk itu mendapati kesemua produk tidak tercemar dengan DEHP.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan produk mi segera itu memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini dilaporkan berkata kementerian itu sedang menjalankan analisis ke atas mi tersebut dan keputusannya akan dihebahkan untuk makluman umum.

Kementerian juga telah mengesahkan produk mi segera dengan jenama yang sama keluaran Korea Selatan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya DEHP.

Pada 11 Jun lepas Kementerian Kesihatan dilapor telah mengarahkan syarikat-syarikat pengedar mi dari Korea menarik balik produk itu dari pasaran negara ini serta-merta kerana disyaki tercemar dengan DEHP.

Maklumat lanjut mengenai senarai produk makanan keluaran Taiwan boleh didapati di http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan