Belum Masa Lantik Belia Sebagai Senator

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melantik pemimpin belia sebagai anggota Dewan Negara atau senator memandangkan mereka berpeluang menyertai Parlimen Belia yang akan diwujudkan tidak lama lagi bagi menimba pengalaman dalam bidang politik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Parlimen Belia adalah platform paling sesuai membolehkan pemimpin belia menyatakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan.

"Untuk melantik seseorang sebagai senator mengikut Perlembagaan, mereka perlu berumur 30 tahun ke atas. Seperti yang diumumkan sebelum ini, untuk memberi pengalaman kepada belia memberi pandangan, kita sudah bercadang mengadakan Parlimen Belia," katanya ketika menjawab soalan Salleh Kalbi (BN-Silam) yang bertanya sama ada kerajaan akan memberi peluang kepada pemimpin belia menjadi anggota Dewan Negara sebagai pendedahan dan pengalaman dalam memberi pandangan secara sihat dan bernas untuk kepentingan negara.

Mengenai pelantikan pemimpin NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sebagai Senator yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok), Nazri berkata dalam soal pelantikan pemimpin NGO sebagai anggota Dewan Negara, prinsip asas adalah berdasarkan pencalonan yang akan dilakukan oleh NGO berkenaan kepada kerajaan.

"Apabila kerajaan atau Perdana Menteri yakin pencalonan itu mempunyai kepentingan awam, ia akan dicadang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Senator.

"Bagaimanapun, bagi menentukan seseorang individu itu layak atau sesuai menjadi seorang Senator, ia akan disaring terlebih dulu oleh NGO terbabit. Kerajaan juga akan membuat pemeriksaan, mungkin dilakukan Cawangan Khas kerana bimbang mereka mungkin mempunyai kaitan dengan kumpulan militan," katanya.

Pelantikan individu sebagai Senator perlu memenuhi Perkara 45(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di samping mempunyai rekod perkhidmatan awam cemerlang.

"Ia termasuk memiliki keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial, mewakili kaum minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan Orang Asli," kata Nazri.

Mengenai cadangan untuk menambah anggota Dewan Negara dari setiap negeri, beliau berkata, perkara itu memerlukan pindaan Perlembagaan.

"Di sini kerajaan boleh bincang, cuma saya tidak fikir ia dapat dilaksanakan kerana perlu pindaan Perlembagaan, yang hari ini kerajaan tidak dapat (majoriti) dua pertiga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan