Batalkan Hasrat Anjur Perhimpunan Bersih, Kata Polis

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis meminta penganjur Perhimpunan Bersih yang dicadangkan berlangsung di sini selain di Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu," kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama Ketua Polis Daerah di Maktab PDRM Cheras di sini Rabu, beliau berkata polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan itu.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.

Khalid berkata polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpunan.

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.

"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata Khalid.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.

"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah-masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur-penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan