AP Land Automobile Yakin Tembusi Lima Peratus Pasaran

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AP Land Automobile Sdn Bhd yakin dapat menembusi sekurang-kurangnya lima peratus pasaran semasa pengedaran minyak pelincir berjenama Formula One Malaysia (F1M), dalam tempoh setahun.

Bekerjasama erat dengan pengeluar minyak pelincir Lubri Oil Corporation (M) Sdn Bhd, syarikat ini yakin dapat menembusi pasaran dengan bantuan promosi dan iklan yang berterusan, selain sistem pemasaran yang berkesan.

"Kami menyasarkan untuk mewujudkan minimum 15 wakil jualan negeri dan melantik 250 wakil jualan daerah," kata pengerusinya Khalek Awang ketika majlis pelancaran F1M oleh Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa Datuk Mukhriz Tun Mahathir di sini Rabu.

Menurutnya syarikat itu membelanjakan hampir RM1 juta untuk penyelidikan dan pembangunan dan menyasarkan pasaran luar negara seperti Hong Kong, Afrika Selatan dan Nigeria.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila syarikat itu akan mula memasarkan produk berkenaan ke negara terbabit.

Khalek juga berkata AP Land turut menyasarkan untuk menempatkan barangan F1M di 8,000 bengkel servis kereta di seluruh negara dalam tempoh enam bulan akan datang.

Sementara itu, Mukhriz berkata berdasarkan peningkatan penggunaan minyak pelincir untuk kegunaan perindustrian dan pasaran runcit di negara ini yang menjangkau RM2 bilion tahun lepas, beliau yakin jenama ini mampu bersaing dengan jenama-jenama lain yang sedia ada. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan