Zahid Bidas Dakwaan Bekas MB Perak Berhubung Isu Tanah Kepada Veteran

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas dakwaan Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan isu pemberian tanah kepada anggota veteran pada sidang Dewan Rakyat, Selasa.

Ahmad Zahid berkata cadangan pemberian tanah sebanyak 20 ekar kepada setiap pesara tentera sebenarnya tidak masuk akal dan mustahil dilakukan kerana masalah kekurangan tanah.

"Saya juga ada tanya dia, kenapa isu pemberian tanah itu baru sekarang mahu dibangkitkan. Kenapa tidak dulu, iaitu semasa dia menjadi Menteri Besar.

"Beliau sempat menjadi MB (Perak) selama 11 bulan... apa beliau buat untuk pesara tentera? Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) pernah memohon tanah kepada beliau, tapi beliau memberitahu tidak mepunyai kuasa dalam perkara itu kerana beliau sebenarnya dikawal oleh ramai Exco DAP di negeri itu (ketika itu)," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan di sini, Selasa.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa hal ehwal berkenaan dengan permohonan tanah merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

"Kementerian sentiasa menyokong semua permohonan tanah untuk anggota tentera... kami (kementerian) juga mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Angkatan Tentera, bagaimanapun kami kena faham kuasa mutlak adalah kuasa kerajaan negeri," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno dalam pada itu berkata hakikat harus diterima bahawa tanah semakin berkurangan dan tentunya ada program-program yang harus diberikan kepada veteran selain daripada tanah.

Pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi, Nizar mempersoalkan nasib yang sedang dihadapi oleh para veteran di mana beliau telah merujuk kepada mesyuarat yang dibuat oleh Majlis Angkatan Tentera, serta mencadangkan agar veteran diberikan keutamaan dengan sokongan Kementerian Pertahanan untuk memperoleh sekurang-kurangnya 20 ekar bagi setiap yang memohon. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan