Sasaran Satu Kompeni Askar Wataniah Di Setiap Kawasan Parlimen Hampir Tercapai

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Rancangan mewujudkan satu Kompeni Askar Wataniah di 222 kawasan Parlimen di negara ini hampir mencapai sasaran, kata Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan Malaysia Mejar Jeneral Datuk Fazlurrahman Mohamad.

Beliau berkata pada masa ini, 182 kompeni Askar Wataniah sudah diwujudkan di 182 kawasan Parlimen dan baki 40 kompeni akan diwujudkan sehingga penghujung tahun ini bagi memenuhi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

"Pada tahun lalu, sebanyak 50 kompeni Askar Wataniah diwujudkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang bersama warga Rejimen 516 Askar Wataniah di sini malam Isnin.

Majlis bagi meraikan persaraan Fazlurrahman, yang telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 39 tahun, turut dihadiri Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Ismail Mayakob.

Fazlurrahman akan bersara wajib pada Disember tahun ini.

Fazlurrahman berkata pada masa ini, Askar Wataniah mempunyai 57,000 anggota di seluruh negara dengan tujuh peratus daripada jumlah itu terdiri daripada kaum Cina.

Katanya usaha sedang giat dijalankan bagi menarik kaum itu menyertai pasukan itu dengan penyertaan sekurang-kurangnya 1,000 orang Cina menjadi anggota Askar Wataniah tahun ini menjadi sasaran KPI.

Fazlurrahman berkata terdapat peningkatan mendadak dalam tempoh tiga tahun lepas, bukan sahaja daripada segi pertambahan anggota malah minat daripada kementerian-kementerian untuk menubuhkan Askar Wataniah.

Pada masa ini, katanya semua Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang mengikuti kursus selama enam bulan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), turut menjalani latihan Askar Wataniah selama sebulan.

Selain itu, turut ditubuhkan Platun Media, melibatkan pengamal media cetak dan elektronik daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, yang berperanan memberi maklumat tepat serta mendedahkan kepada masyarakat terhadap peranan dan tugas harian ATM.

Pada masa ini, beliau berkata satu Rejimen Pakar Perubatan melibatkan semua pakar-pakar perubatan daripada semua universiti di negara ini, sedang di dalam proses penubuhan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan