Petugas Jabatan Perangkaan Sesak Nafas Ketika Proses Evakuasi Akibat Gempa

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang petugas Jabatan Perangkaan Malaysia telah dibawa ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas berikutan gegaran berulang yang berlaku di bangunan jabatan tersebut akibat gempa bumi di Sumatera Utara, Indonesia pagi Selasa.

Khatijah Abdul Manaf, pembantu tadbir di Unit Kewangan jabatan itu turut bersesak menggunakan lif ketika menjalani proses evakuasi bangunan sebanyak dua kali akibat gegaran yang berlaku.

"Beliau kelihatan berpeluh-peluh dan mula menggigil ketika kami terpaksa keluar dari bangunan bagi proses evakuasi kali kedua," kata rakan sekerjanya, Perdosham Sallehuddin kepada Bernama.

Kompleks C yang menempatkan jabatan itu merupakan antara beberapa bangunan kementerian dan pejabat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang terpaksa dikosongkan akibat gegaran itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi. Selain Putrajaya, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.

Perdosham yang membawa Khadijah ke Hospital Putrajaya memberitahu, kesihatan wanita itu mungkin terjejas kerana beliau juga baru sahaja keluar dari hospital berikutan jangkitan pada paru-parunya, baru-baru ini.

"Sebaik tiba di hospital, beliau dilihat diberikan bantuan oksigen," katanya yang bertugas di unit yang sama di Tingkat 8, Bangunan Blok C6, yang menempatkan jabatan itu.

Perdosham berkata suami Khadijah sudahpun dihubungi dan dimaklumkan tentang keadaan isterinya yang kini telah ditahan di wad hospital tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan