Pas Tidak Akan Bekerjasama Dengan Umno - Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pas tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata timbalan presidennya Mohamad Sabu.

"Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

"Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas... bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah di sini malam Isnin.

Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah.

Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata Pas akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan-badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan