Laporan Kemalangan Maut Bas Dua Tingkat Diserah Kepada Jabatan Peguam Negara

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan badan siasatan bebas berhubung kemalangan maut membabitkan bas dua tingkat di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, tahun lepas, telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata laporan itu dibentangkan di Kabinet pada April lepas dan rujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah meneliti laporan itu dan memberi kepada pihak polis dan agensi relevan untuk tindakan susulan," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Katanya laporan itu mengandungi hasil siasatan termasuk punca kemalangan dan kemungkinan kelemahan oleh pelbagai agensi kerajaan dan pengusaha bas berkenaan.

Dalam kemalangan pada 21 Disember tahun lepas, seramai 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat Malaysia terbunuh apabila bas persiaran dua tingkat yang mereka naiki terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik ke dalam longkang.

Kong berkata laporan itu tidak akan diumumkan kepada orang ramai atau dibentangkan di Parlimen kerana implikasi perundangan dan kini terpulang kepada agensi berkaitan untuk melihat syor yang dibuat oleh badan bebas itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Berikutan kemalangan ngeri itu, kerajaan menubuhkan badan siasatan bebas yang diketuai oleh naib canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, untuk menyiasat kemalangan itu.

Badan tersebut meneliti semua aspek yang menyebabkan kemalangan itu sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan