Kerajaan Bentang Bajet Tambahan RM13 Bilion Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) bagi memohon peruntukan tambahan berjumlah RM13 bilion sebagai peruntukan mengurus tambahan pertama tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin mengemukakan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa.

Peruntukan tambahan itu menjadikan anggaran perbelanjaan bagi tahun ini bertambah daripada kira-kira RM163 bilion, yang diluluskan tahun lepas, kepada RM176 bilion.

Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 bilion bagi Kementerian Kewangan, iaitu peruntukan tertinggi daripada keseluruhan peruntukan tambahan itu.

Peruntukan bagi Kementerian Kewangan itu bertujuan menampung pembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum untuk tahun ini (RM5.6 bilion), menampung pembayaran subsidi bagi pengecualian bil elektrik bulanan bagi penggunaan RM20 dan ke bawah (RM150 juta), menampung kos menjalankan program latihan kemahiran di seluruh negara (RM100 juta).

Menampung dana jaminan untuk pembeli rumah kali pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku (RM100 juta) dan menampung kos program latihan dan kemahiran untuk Multimedia Development Corporation (MDeC) bagi melatih graduan dalam bidang ICT (RM50 juta).

Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Selain itu, peruntukan tambahan sebanyak RM11.3 juta dikehendaki untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Parlimen. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan