KDN Keluar Surat Teguran Kepada Utusan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan surat teguran kepada akhbar Utusan Malaysia berikutan penyiaran berita bertajuk "Malaysia Negara Kristian?" yang disiarkan pada 6 Mei lepas.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata surat teguran itu dikeluarkan pada 12 Mei lepas atas kesalahan menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai mengikut peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Hishammuddin berkata polis juga masih giat menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dari semua sudut terutamanya terhadap laporan akhbar itu dan juga terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam majlis perjumpaan paderi-paderi seluruh negara di sebuah hotel di Pulau Pinang itu.

Lim bertanya apakah asas laporan muka depan Utasan Malaysia yang menyatakan paderi-paderi berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

"Sehingga jawapan ini disediakan sebanyak 63 laporan polis dibuat berhubung isu berkaitan. Sebanyak 60 rakaman percakapan telah diambil dan lima wartawan Utusan Malaysia telah dirakam percakapan mereka untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata polis juga masih lagi mengesan beberapa orang saksi penting bagi melengkapkan siasatan kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan