JKM Kunci Pusat Jagaan Selepas Insiden Kematian Kanak-kanak

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang hari ini mengunci Pusat Jagaan Kanak-kanak Strawberi di Paya Terubong dekat sini ekoran insiden kematian seorang kanak-kanak di pusat itu Isnin lepas.

Pengarah JKM Negeri Zulkifli Ismail berkata tindakan itu adalah mengikut Seksyen 16A(1) Akta Pusat Jagaan.

Pengusaha pusat itu juga diberi tempoh 21 hari untuk mengemukakan perakuan pendaftaran pusat berkenaan, katanya.

Beliau berkata langkah tersebut dibuat bagi membendung pusat jagaan yang beroperasi secara haram dan mengelak daripada berlaku kecuaian pengusaha hingga boleh mengakibatkan kecederaan, kematian, penderaan seksual dan sebagainya terhadap kanak-kanak yang ditempatkan di pusat-pusat jagaan.

Isnin lepas seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Stella Chew Xing Rou, 2, ditemui dalam keadaan tidak bergerak di dalam besen di bilik air rumah teres dua tingkat itu kira-kira 1 petang.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik swasta sebelum disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

"Hasil siasatan mendapati pusat jagaan itu belum berdaftar kerana hingga kini ia tidak memenuhi keperluan pendaftaran di bawah peruntukan akta dan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)" kata Zulkifli kepada pemberita di sini hari Isnin.

Beliau berkata jika pusat tersebut gagal mengemukakan perakuan dalam tempoh yang diberikan, JKM akan memohon satu perintah mahkamah terhadap pengusaha itu untuk menghentikan penggunaan premis berkenaan.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengenal pasti pusat jagaan dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar sebelum menghantar anak-anak mereka bagi memastikan penjagaan, keselamatan dan kebajikan yang terjamin.

Katanya JKM kini sedang mempergiatkan usaha untuk mendaftar Taska dan pusat jagaan menerusi kempen "Jom Daftar Taska" pada 18 Julai ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan