Hassan Kekal Exco Kerajaan Negeri - Abdul Khalid

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berhasrat menggugurkan Datuk Dr Hassan Mohamad Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri buat masa ini.

Beliau berkata, sebaliknya Hassan akan kekal dengan portfolionya sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus akan berlaku rombakan Exco ekoran pengguguran Hassan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Ahad lalu.

Pengguguran berkenaan sebagai melengkapkan proses pemilihan parti seperti yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas seminggu berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke-57 pada 5 Jun.

Jawatan itu kini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan