Hassan Disingkir Kerana Terlalu Eksklusif?

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMUA maklum Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dalam barisan kepimpinan baru parti yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad.

Kedudukan jawatan nombor satu dalam PAS negeri itu digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.

Banyak telahan yang berlaku ekoran 'hilangnya' Hassan dari senarai Abdul Hadi.

Banyak isu yang berbangkit sepanjang penggal Hassan memegang jawatan berkenaan yang dilihat memberi sedikit impak yang kurang disenangi di kalangan akar umbi PAS sendiri.

Dari isu rampasan arak dari kedai serbanika di Shah Alam sehingga polemik perpaduan PAS-Umno dan yang paling ketara tidak berpihak kepada kerajaan negeri dalam isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Tindakan itu dilihat menguntungkan musuh politik PAS iaitu Umno dan Barisan Naisonal (BN).

Hassan yang memegang portfolio Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga sering kali dikritik secara terbuka oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Yang paling panas sehingga mereka berdua dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana bertelagah dan membuat kenyataan secara terbuka melalui media.

Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang mengkritik isu tatatertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).

Sementara Hassan pula menghadapi dua tuduhan iaitu membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan keduanya membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.

Sekali lagi tindakannya ditafsirkan menguntungkan Umno dan BN.

Mungkin atas faktor-faktor itu menyumbang kepada keputusan Abdul Hadi menggugurkan Hassan dan menggantikannya dengan Abdul Rani.

Sehingga artikel ini ditulis, Hassan gagal dihubungi bagi mendapatkan komen beliau.

Eksklusif

Sumber pimpinan PAS negeri memberitahu, Hassan dikatakan kurang bergaul dengan pemimpin-pemimpin akar umbi sehingga mengakibatkan jurang antara mereka kian ketara.

'Kesibukan' Hassan dilihat antara faktor utama sehingga beliau semakin terasing dengan akar umbi di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat itu.

"Dari sudut penyampaian maklumat juga banyak yang dipersoalkan pemimpin-pemimpin kawasan.

"Kita mahukan pemimpin yang datangnya akar umbi, tapi jika sifatnya terlalu eksklusif jadi bagaimana?" tegas pemimpin muda berkenaan kepada mStar Online.

Berbeza dengan Abdul Rani yang dilihat datangnya dari akar umbi dan gemar berterus-terang dengan ahli-ahli.

Lebih dari itu, kedudukan Hassan sebagai ADUN Gombak Setia, juga dikatakan tidak terjamin menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Hassan mungkin tidak akan dipilih semula, akan ada pengganti beliau yang lebih muda," menurut seorang pemimpin PAS Gombak yang enggan dikenali.

Beliau mendakwa, ahli-ahli parti di kawasan berkenaan kecewa dengan Hassan yang jarang turun padang menjenguk pengundi-pengundi.

Situasi seperti itu amat mengecewakan semua anggota parti yang selama ini bekerja keras memastikan kemenangan Hassan di DUN tersebut.

Bagaimanapun keputusan akhir siapa calon yang akan meneruskan kelangsungan PAS menerajui DUN berkenaan terletak di tangan Abdul Hadi. Ia adalah prerogatif pemimpin nombor satu parti itu.

Dalam barisan pelantikan terbaru PAS, menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf dilantik sebagai Penolongnya.

Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Dr Mohd. Hatta Ramli yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.

Calon Timbalan Presiden Pas yang kalah pada pemilihan Sabtu lalu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Idris Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS yang yang dilantik pula adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Mohd. Anuar Tahir, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Bagi Pesuruhjaya Negeri pula, lima negeri mengalami perubahan iaitu Abdul Wahid Endut (Terengganu), Aminuddin Halim (Sabah) Mohd. Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Adly Zahari (Melaka) dan Abdul Rani.

Mereka yang kekal sebagai adalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Datuk Dr Mahfodz Mohamed (Johor), Abu Bakar Husin (Perak), Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Salleh Man (Pulau Pinang), Hashim Jasin (Perlis), Mohd. Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan) dan Adam Ahid (Sarawak).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan