Edar Dadah: 72 Warga Asing Dihukum Mati

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 72 warga asing dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah di negara ini bagi 2008 hingga April tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, daripada jumlah itu tiga dijatuhkan hukuman sehingga 2011, 37 bagi 2010, 24 bagi 2009 dan 8 hukuman gantung bagi 2008.

"Pihak kementerian bersama agensi lain termasuk Kastam dan imigresen saling bekerjasama bagi membendung masalah penyeludupan dadah ke negara ini," katanya bagi menjawab soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) mengenai status penyeludupan dadah ke negara ini serta langkah kerajaan bagi menangani kes-kes berkenaan.

Abu Seman berkata, di bawah Akta Pengedaran Dadah 39(b) 1992, seramai 227 pengedar dadah warga asing ditangkap pada 2008 manakala 225 pada 2009.

Bagaimanapun jumlah tangkapan bagi kes pengedaran dadah bagi 2010 meningkat kepada 499 kes dan 260 daripadanya sudah dituduh di mahkamah.

Sementara itu menjawab mengenai isu 'keldai dadah' membabitkan rakyat negara ini yang ditahan di luar negara, Abu Seman berkata, jumlah kes berkenaan semakin berkurangan sejak 2008.

Menurut beliau, kebanyakan yang ditahan adalah di kalangan remaja.

"Kerajaan melaksanakan pelbagai langkah pencegahan bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya remaja agar tidak terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah di luar negara.

"Data menunjukkan penurunan iaitu pada 2008 penglibatan keldai dadah adalah 66 orang, 2009 seramai 56 orang.

"Jumlah berkenaan menurun lagi pada 20210 apabila seramai 39 keldai dadah ditahan di luar negara," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan