CyberSecurity Sahkan Wujud Ancaman Godam Laman Web Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan, www.malaysia.gov.my.

Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.

Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.

"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.

Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.

Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweet memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.

Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.

Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.

“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan