Pindaan Kod Prosedur Jenayah: Tiada Rayuan Untuk Kesalahan Tertentu

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Adakah wajar bagi mereka yang dituduh terbabit dengan jenayah seks melibatkan kanak-kanak diberi "diskaun" 50 peratus?

Itu persoalan selepas Kod Prosedur Jenayah (CPC) dipinda tahun lalu dengan membolehkan pesalah kesalah itu merayu mengurangkan hukuman selepas dijatuhkan hukuman.

Oleh itu, Pejabat Peguam Negara sedang berusaha untuk terus meminda kod berkenaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail memberitahu The Star, cadangan pindaan selepas ini akan mengecualikan beberapa tuduhan.

"Kita perlu lihat falsafahnya. Untuk kesalahan jenayah seks melibatkan kanak-kanak adakah kita mahu memberi ruang rayuan?

"Ada beberapa perkara teknikal yang perlu diteliti," katanya selepas ditanya mengapa pindaan 2010 tidak dikuatkuasakan.

Secara amnya, kata Abdul Gani, mahkamah membenarkan rayuan dengan tertuduh boleh mendapatkan "diskaun 50 peratus".

"Dalam rayuan, kita melihat kepada prinsip mengurangkan tuduhan.

"Kita sudah mengurangkan pertuduhan untuk hukuman bagi kesalahan jenayah berat dari membunuh hinggalah kepada menyembelih orang, dari mengedar dadah sehinggalah memiliki dadah," katanya.

Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, dalam soal penyeludupan dadah, Pejabat itu telah mengurangkan tuduhan dalam 311 kes di Mahkamah Tinggi pada 2009, 309 kes (2010) dan 109 kes sehingga kini.

Katanya, hal itu dilakukan bagi mempercapatkan kes-kes tertangguh di mahkamah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan