Perkasa Mahu Halang Demontrasi Bersih

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang untuk turut mengadakan perhimpunan bagi menghalang demonstrasi yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kedua pada 9 Julai ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan untuk turut sama berhimpun pada hari berkenaan bukan bagi mencetuskan kekecohan sebaliknya demi mempertahankan keselamatan negara.

"Kita nak berhimpun bukan untuk timbulkan kekecohan, tapi nak pastikan kita dapat menghalang perkara ini berlaku, ini yang kita akan buat kerana kami yakin tidak ada sebab untuk mereka menganjurkan perhimpunan Bersih ini.

"Saya akan lawan habis-habisan, ertinya pada hari tersebut akan berlaku pertembungan, kalau ini berlaku, ia untuk kebaikkan," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, Isnin.

Beliau berkata tindakan untuk mengerakkan ahli dan penyokong Perkasa bagi mengadakan perhimpunan balas bagi menghalang demonstrasi Bersih juga bertujuan memberi isyarat kepada pihak polis untuk bertindak.

"Mereka sepatutnya boleh berhimpun di stadium, tapi nak juga buat di jalanan ala Mesir yang boleh menimbulkan kekacauan dan kekecohan.

"Saya tak dapat bayangkan bila ada perhimpunan yang besar, ada yang hilang kawalan... baling batu, bakar kereta dan bermacam-macam lagi seperti di Tunisia. Ini semua akan cetuskan suasana tidak tenteram dalam negara," katanya.

Selain itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas membidas penganjur demonstrasi Bersih kerana kononnya menggunakan hak demokrasi untuk menyuarakan pandangan demi kepentingan pihak tertentu.

"Kalau mereka berhak untuk mengadakan perhimpunan atas nama demokrasi, saya juga berhak untuk menghalangnya atas nama demokrasi sebab saya juga rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu Ibrahim berkata, Perkasa dan lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu lain akan mengadakan persidangan meja bulat bagi membincangkan mengenai langkah yang boleh diambil berhubung demonstrasi Bersih.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan