Perbelanjaan Untuk Hari Seniman Tidak Sampai RM100,000

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki Din menjelaskan, laporan media yang mengatakan bahawa perbelanjaan RM100 juta digunakan bagi sambutan itu merupakan salah faham.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya kepada BERNAMA, Isnin.

Dalam Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara.

Pada program Sepetang Bersama Seniman sempena sambutan Hari Seniman 2011 di Kompleks Kraf di sini pada 29 Mei lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegur pengamal dan penggiat seni yang tidak menghargai usaha kerajaan mengiktiraf penglibatan mereka melalui sambutan Hari Seniman yang diadakan itu.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan KPKK, Fauzia Sabiri berkata, pihak kementerian telah membantu pembangunan para penggiat seni melalui pinjaman dana industri kreatif yang diuruskan bersama oleh kementerian dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Selain itu, katanya terdapat dana geran pembangunan industri kreatif yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di samping bantuan kebudayaan yang diberi kepada badan bukan kerajaan yang bergiat dalam bidang seni, budaya dan warisan yang lain.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan