Pengambilalihan RHB Capital Mesti Berupaya Tambah Pendapatan Maybank

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengambialihan RHB Capital Bhd oleh Malayan Banking Bhd (Maybank)sekiranya berjaya, haruslah berupaya menambah pendapatan kumpulan bank berkenaan, kata Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

Maybank katanya, menjangkakan untuk membuat cadangan pengambilalihan itu sebelum akhir bulan ini.

Bercakap kepada para pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) Maybank di sini, Isnin, beliau menambah bagi Maybank, pengambilalihan itu akan membantu merangsang prestasi kumpulan itu selanjutnya untuk bersaing di peringkat global dan bertindak balas kepada pasaran dengan lebih cepat.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Megat Zaharuddin menjelaskan; "Yang membuat kami tertarik kepada RHB ialah jika kami berjaya, ia akan memberikan kami skala, menjadikan kami lebih besar dan melalui saiz, kami boleh melakukan beberapa perkara lagi," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang pembiayaan bagi pengambilalihan itu, Abdul Wahid berkata, cadangan asas ialah penggabungan kedua-dua entiti itu dan ini akan melibatkan pertukaran saham.

Beliau berkata, Maybank sedang berbincang dengan semua pemegang saham besar, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang memiliki 44.7 peratus kepentingan dalam RHB, dan dengan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB), yang memegang 25 peratus.

"Bagi pihak Maybank, kami sebenarnya mahukan cadangan penggabungan sepenuhnya, untuk menyatukan kedua-dua entiti ini," jelas beliau lagi. Mengenai sama ada rancangan ADCB untuk menjual 25 peratus kepentingannya dalam RHB Cap kepada dana pelaburan Aabar Abu Dhabi, akan menjejaskan perbincangan itu, Abdul Wahid berkata, kumpulan itu perlu menunggu perincian selanjutnya mengenai perkara ini.

Beliau menegaskan, Maybank akan hanya meneruskan transaksi ini sekiranya ia mewujudkan nilai bagi pemegang sahamnya dan menyumbang kepada pendapatan.

Pada EGM hari ini, pemegang saham Maybank meluluskan pewujudan skim saham pekerja (ESS) sebanyak hingga 10 peratus modal saham terbitan dan berbayar kumpulan itu.

ESS yang dicadangkan itu bertujuan menyemak semula keseluruhan struktur gaji pekerja Maybank sebagai sebahagian daripada strategi ganjaran keseluruhannya untuk memberikan gaji, faedah dan peluang pembangunan kerjaya yang sesuai.

Anggaran kos bagi mewujudkan ESS itu ialah RM1.15 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan