Najib Umum Sembilan ETP Baharu Bernilai RM2.77 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai pelaburan RM2.77 bilion dan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Dengan pengumuman itu, katanya projek di bawah ETP yang diumumkan baru-baru ini, yang termasuk Pembangunan Bersepadu Penapis dan Petrokimia (Rapid) mempunyai nilai pelaburan RM60 bilion.

Apabila disatukan, kesemua 15 inisiatif di dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mempunyai nilai pelaburan kira-kira RM63.88 bilion dan GNI RM66.31 bilion serta 63,531 pekerjaan baharu.

Di segi kumulatif, sehingga hari ini, ETP telah mencatatkan pelaburan RM170.28 bilion, GNI RM220.15 bilion serta 362,396 pekerjaan baharu, katanya semasa mengumumkan Update Keenam Kemajuan ETP di sini Isnin.

Antara inisiatif yang diumumkan ialah Kumpulan UCSI, iaitu badan induk UCSI University, bagi membangunkan kluster pendidikan kesihatan bersepadu seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson.

Pembangunan itu akan terdiri daripada hospital pengajaran swasta pertama di Malaysia, Hospital UCSI University yang mempunyai 1,000 katil, yang menampilkan satu-satunya kemudahan anti-penuaan, perubatan esthetics dan regeneratif Malaysia.

Kumpulan itu dijangka melabur RM850 juta menjelang 2012, yang akan menjana GNI RM1.3 bilion dan 2,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Satu inisiatif lain, yang merupakan satu konsortium yang terdiri daripada Kumpulan Pendidikan SEGi dan lapan penyedia pendidikan penjagaan awal kanak-kanak (ECCE) yang lain akan menambah baik kelayakan tenaga kerja sedia ada kepada paras minimum diploma dan menyediakan banyak latihan yang boleh diakses serta membangunkan program negara yang standard bagi latihan ECCE.

ECCE itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2015, dengan pelaburan bernilai RM700 juta serta akan menjana GNI RM900 juta.

Yang lain termasuk Kumpulan Sime Darby Healthcare yang akan melabur di dalam penubuhan dua hospital pakar, iaitu Pusat Perubatan Sime Darby Ara Damansara (SMDC AD) dan Pusat Perubatan Sime Darby Desa ParkCity (SMDC Parkcity).

SMDC AD dan Parkcity masing-masing akan bernilai RM240 juta dan RM40 juta.

Di bawah enam Update Kemajuan ETP itu, inisiatif NKEA Pertanian akan akan menampilkan dua produk utama, udang premium dan sarang burung walit.

Katanya JEFI Aquatech Resources Sdn Bhd sedang menerajui satu inisiatif untuk membangunkan Malaysia sebagai pengeluar utama udang bagi pasaran global dan halal dengan membangunkan usahawan tani di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Tiga komponen utama projek itu ialah penubuhan Pusat Aquatec Jefi dan Ladang Aquatech Jefi, yang termasuk Program Pembangunan Usahawan Tani. Inisiatif ini akan memerlukan pelaburan RM575 juta.

Bagi inisiatif lain, Yanming Resources Sdn Bhd akan melabur RM5 juta bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran sarang burung untuk dimakan, ini akan meningkatkan usaha penggunaan jentera di dalam barisan pemprosesan, yang meningkat kepada 60 peratus daripada 10 peratus sekarang ini.

Ia dijangka mewujudkan RM88.7 bilion dan 103 pekerjaan baharu menjelang 2020.

Beralih kepada NKEA Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, VADS Bhd dan Cisco telah menandatangani perjanjian kerjasama untuk membina Infrastruktur Pertukaran "TelePresence" yang pertama di Malaysia bagi menawarkan Perkhidamtan "TelePresence" Terurus kepada sektor swasta dan dan awam di negara dan rantau ini.

Pelaburan ini bernilai RM11.3 juta. Sementara itu, inisiatif yang dibiayai kerajaan bagi merangsang jualan peralatan efisien tenaga akan menelan kos RM50.2 juta pada 2011, program yang diterajui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi hijau dan Air untuk menambah baik keefisienan tenaga di Malaysia melalui lima inisiatif.

Akhir sekali, bagi mewujudkan pertumbuhan yang lebih kukuh bagi sektor peruncitan, 1Malaysia Unified Sale akan menyatukan tiga acara jualan utama kepada acara berpusat dan diselaraskan.

Tahun ini, 1Malaysia Unified Sale akan diperkenalkan bagi pertama kali mulai 15 Jun, 2011 hingga 31 Ogos, 2011 yang akan meliputi lebih 50 sektor berbanding dengan hanya pakaian dan kasut sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan