Dewan Rakyat Perlu Bahas Demontrasi Bersih - Zahrain

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat digesa membahaskan usul tergempar berhubung demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual pada 9 Julai depan.

Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, Parlimen perlu mendesak pihak berkuasa agar bertindak bagi menghalang perhimpunan berkenaan yang jelas boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

"Parlimen perlu buat keputusan untuk mendesak agar pihak berkuasa termasuk kementerian dan pihak polis supaya ambil keputusan untuk menhentikan usaha Bersih bagi mengadakan perhimpunan jalanan," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Isnin.

Hadir sama ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai).

Zahrain berkata, konsensus Bebas menghantar notis usul berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(1) kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 10 pagi Isnin.

Menurutnya usul berkenaan perlu dibahaskan kerana memenuhi syarat iaitu khusus terhadap perkara tertentu, mempunyai kepentingan kepada rakyat dan perlu disegerakan.

Mengulas lanjut Zahrain berkata, pihaknya meragui demonstrasi Bersih yang kononnya dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana percaya kumpulan berkenaan didalangi oleh parti pembangkang.

"Kami tak ada masalah kalau mereka nak serahkan memorandum, tapi kita yakin cara yang digunakan ini akan timbulkan masalah.

"Malah kami juga yakin NGO yang anjurkan Bersih ini sebenarnya digunakan oleh parti pembangkang untuk mencetuskan kekecohan.

"Walaupun namanya Bersih, tapi ia dianjurkan dengan niat yang kotor oleh pembangkang untuk kepentingan mereka," katanya.

Laporan Suara Keadilan bertarikh 7 Jun lalu memetik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai berkata bahawa seramai hampir 60,000 akan menyertai perhimpunan berkenaan.

Malah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada muktamar parti itu awal bulan ini turut menggesa seluruh rakyat negara ini termasuk NGO dan parti politik menyertai gerakan Bersih kedua itu.

Perhimpunan itu dirancang untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan