Umno Perlu Wujud Unit Tempur Siber Lebih Bersistematik - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.

"Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan.

"Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bentong di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Ketua Umno bahagian itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua anggota Umno memainkan peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan