Setelah Setahun Diumumkan, Kerajaan Pulau Pinang Belum Bentang Pelan Induk Perindustrian - Tsu Koon

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Ahad mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang gagal membentangkan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang kepada penduduk negeri itu selepas diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng tahun lalu.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata Lim mengumumkan mengenai pelan itu pada satu seminar mempromosikan pelaburan kepada pelabur antarabangsa di Singapura pada Jun tahun lepas.

"Sudah lebih 12 bulan diumumkan, tetapi bayang pun tidak nampak, cakap sahaja. Saya desak Ketua Menteri bentangkan apa pelannya, kini sudah tiga tahun mereka memerintah negeri," katanya ketika merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, Ahad.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya mempunyai perancangan sendiri untuk pembangunan Pulau Pinang, bukan sekadar menumpang rancangan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan.

"Semasa BN memerintah Pulau Pinang, kita ada rancangan pembangunan untuk setiap 10 tahun. Tetapi kerajaan negeri ketika ini menggunakan pendekatan secara ad hoc dengan mengadakan publisiti itu dan publisiti ini sahaja," katanya.

Dr Koh berkata kegagalan itu mencerminkan prestasi sebenar kerajaan negeri itu yang kononnya mengamalkan konsep CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).

"Adakah ini kerajaan CAT?... kerajaan kucing. Saya tidak hairan kalau beliau akan umumkannya (pelan induk) dalam dua atau tiga hari ini kerana saya sudah faham dengan sikapnya," katanya.

Sementara itu, Dr Koh yang juga Pengerusi BN negeri berkata BN Pulau Pinang kini semakin kukuh selepas BN gagal mengekalkan kedudukan di negeri ini pada pilihan raya umum 2008.

"Hubungan kami dalam BN Pulau Pinang semakin rapat berbanding ketika menjadi kerajaan negeri dulu. Ketika itu kami terlampau sibuk tentang soal ekonomi dan sosial negeri sehingga jarang membincangkan strategi politik," katanya.

Sementara itu, pada sidang medianya, ketika diminta mengulas mengenai masalah Keretapi Bukit Bendera yang seringkali rosak dan kegagalan menyediakan zon menunggang kuda di kawasan pantai sehingga berlakunya kemalangan, Dr Koh berkata ia membuktikan kerajaan negeri bukan pentadbir yang baik.

Katanya dua insiden itu menunjukkan betapa kelam kabutnya pentadbiran kerajaan negeri yang tidak berupaya menyelesaikan masalah kecil. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan