Najib Sertai Golf Amal Bagi Dana Persatuan Wargacinta Negara Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menyertai kejohanan golf amal yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club di sini untuk mengutip dana Persatuan Wargacinta Negara Malaysia (Pecinta) dan MAA Medi Care Kidney Charity Fund.

Sejumlah RM600,000 berjaya dikumpul dalam acara golf amal Pecinta 1Malaysia: 1Hati Cinta Negara yang turut disertai anggota kelab The Mines Resort & Golf Club dan Pecinta.

Isteri Perdana Menteri yang juga penaung kehormat Pecinta Datin Seri Rosmah Mansor menerima sumbangan tersebut yang disampaikan Najib di mana RM300,000 daripadanya diperuntukkan kepada MAA Medi Care untuk pembelian mesin haemodialisis.

Pecinta adalah sebuah badan bukan kerajaan yang mengungkitkan rasa cinta kepada negara dan semangat patriotisme serta komited dengan falsafah untuk membina masyarakat yang memiliki intergrasi daripada segi semangat mental dan fizikal.

Pada majlis yang sama, pengasas The Mines Resort & Golf Club, Tan Sri Lee Kim Yew menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Rosmah bagi kejohanan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan