Mustafa Ali Dilantik Semula Setiausaha Agung PAS Bagi Penggal Kedua

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dilantik semula memegang jawatan itu buat penggal kedua bagi sesi 2011-2013 selepas rombakan jawatan dalam barisan kepimpinan Pas pada Ahad.

Pelantikan itu dipersetujui sebulat suara oleh barisan kepimpinan parti itu pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat Pas di sini.

Abdul Hadi berkata tiga naib setiausaha agung turut dilantik, iaitu Takiyudin Hasan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, dan Ahmad Sabki Yusof.

"Bagi jawatan ketua penerangan, Pas melantik Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini memegang jawatan naib presiden parti.

"Manakala bekas bendahari, Dr Mohd Hatta Md Ramli dilantik sebagai ketua pengarah pilihan raya pusat dan tempatnya digantikan oleh Datuk Abd Halim Abd Rahman," katanya.

Seramai tujuh muka baru dilantik sebagai anggota jawatankuasa Pas Pusat iaitu bekas timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa, Asmuni Awi, Idris Ahmad, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Zulkefly Muhamad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Pada mesyuarat itu juga lima negeri mendapat pesuruhjaya Pas yang baru iaitu Abd Wahid Endut (Terengganu), Adly Zahari (Melaka), Mohamad Taufek Abd Ghani (Negeri Sembilan), Dr Abd Rani Osman (Selangor) dan Aminudin Alim (Sabah).

"Kesemua yang dilantik pada hari ini bersetuju dengan pelantikan tersebut dan ia berkuatkuasa serta merta," katanya.

Pas mengadakan lantikan baru ini berikutan semua jawatan lantikan dalam jawatankuasa dan pimpinan tertinggi PAS pusat sesi 2009-2011 terlucut dengan sendirinya berikutan pemilihan baru yang diadakan pada Muktamar Agung parti kali ke-57, dari 3 hingga 5 Jun lepas.

Pemilihan itu bagi sesi 2011-2013.

Dalam pada itu mengulas dakwaan yang mengatakan idea negara berkebajikan yang dibawa Pas hanya untuk mengumpan pengundi bukan Islam, Hadi dengan tegas berkata ia merupakan dakwaan 'orang yang tidak membaca'.

"Itu adalah kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam.

Insya-allah, saya akan terbitkan satu buku yang akan menerangkan apa itu negara berkebajikan, berlandaskan perlembagaan Pas yang berpandukan Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias," katanya.

Ditanya apakah bentuk negara berkebajikan Pas berbanding kerajaan kini, Hadi berkata, perkara itu hanya dapat dibuktikan jika Pas diberi peluang untuk memerintah negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan