Jangan Amal Budaya Cantas Mencantas Dalam Umno - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan anggota Umno supaya tidak mengamalkan budaya cantas mencantas, sebaliknya menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata ini adalah masanya untuk menunjukkan kepimpinan dan kesetiaan, bukan sahaja kepada parti tetapi kepada penyandang jawatan, termasuk Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno di peringkat negeri.

"Dalam erti kata sebenar, kepimpinan diletak di jawatan-jawatan tertentu oleh pucuk pimpinan parti dan tidak diperkotak-katik oleh orang kita sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Libaran di sini Ahad.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Ketua Umno bahagian Libaran.

Hishammuddin berkata tumpuan kini terarah kepada merapatkan lagi barisan di antara anggota dan kepimpinan di peringkat pucuk pimpinan, bahagian dan negeri bersama-sama dengan parti lain dalam komponen Barisan Nasional.

Beliau berkata meskipun ada kalanya keputusan yang dibuat mungkin tidak tepat setelah dikaji semula namun itu tidak akan menjejaskan masa depan Umno.

"Yang menjejaskan parti adalah kalau niat kita tidak jujur, tidak ikhlas dan mempunyai kepentingan lain daripada kepentingan parti," kata Hishammuddin. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan