Bekas Ketua Pengarang The Star, VK Chin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang The Star, Datuk V.K. Chin (gambar), 75, meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi, Ahad.

Chin yang kemudiannya menjadi Penasihat Editorial The Star pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat media.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir pada Ahad mulai 5 petang dan Isnin di Pusat Xiao En, No 1, Jalan Kuari, Cheras, 56100, Kuala Lumpur.

Hubungi 03-9143 3888 atau Irene di talian 016-332 6487.

Pengebumian akan diadakan pada Selasa (14 Jun) pada pukul 11 pagi.

Chin, yang lebih dikenali dengan singkatan "VK" daripada namanya sendiri Vui Khen, mula menceburi dunia kewartawanan dengan bekerja di Radio Malaya mulai 1959 sehingga mendiang menyertai Straits Echo pada 1963.

Beliau kemudian menyertai Straits Times selepas itu sebelum menjadi setiausaha politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu, Michael Chen (kini Tan Sri) mulai 1972 hingga 1974.

Chin kemudian bertugas selama dua tahun dengan dua penerbitan di Singapura, Singapore Herald dan New Nation, sebelum kembali ke Malaysia untuk menjadi engarang Berita pertama bagi Business Times, sebuah lagi penerbitan New Straits Times pada 1976.

Chin menyertai The Star pada 1982 sebelum menjadi Ketua Pengarangnya pada 1986 sebelum menjadi Penasihat Editorial dari 1993 hingga 2008.

Semasa bertugas dengan The Star, beliau dikenali dengan komentar yang tajam daya tanggapannya atas pelbagai isu dalam ruangan "Comment".

Beliau dilantik sebagai salah seorang anggota Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selama beberapa tahun mulai 1996 semasa menjadi Penasihat Editorial akhbar itu.

Chin, yang menerima anugerah "Panglima Jasa Negara (PJN)" daripada Yang di-Pertuan Agong pada 1996, juga menerima Anugerah Kecemerlangan Kewartawanan dari Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM) pada 2000 dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) tahun lepas.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan