Akta Peniaga Sekendhend Akan Dilaksanakan Di Sabah Dan Sarawak - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan Akta Peniaga Sekendhend 1946 di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kementeriannya telah selesai membuat urusan berkaitan dan kini dalam peringkat mendapatkan perkenan dan persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebelum mewartakannya secara rasmi.

Katanya akta itu bertujuan mewujudkan peruntukan bagi mengawal dan melesen peniaga barang-barang terpakai.

"Bagi saya perluasan akta ini ke Sabah dan Sarawak amat perlu memandangkan kes kecurian kabel elektrik dan besi semakin serius berlaku di kedua-dua negeri itu," katanya menerusi satu kenyataan di sini Ahad.

Beliau berkata ketika ini, akta itu hanya terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja dan perluasan akta itu ke Sabah dan Sarawak adalah wajar untuk mewujudkan keseragaman daripada segi pelaksanaan undang-undang.

Katanya ia juga dilihat sebagai langkah pencegahan terbaik dalam mengawal kegiatan peniaga barangan terpakai di kedua-dua negeri itu.

Hishammuddin berkata berdasarkan statistik, Sabah mencatatkan 159 kes kecurian kabel, besi dan logam pada tahun lepas yang melibatkan kerugian berjumlah RM1.1 juta.

Bagi tempoh Januari hingga April lepas, sebanyak 116 kes bagi kesalahan sama dicatatkan membabitkan kerugian berjumlah RM2.4 juta, katanya.

Beliau berkata Sarawak pula mencatatkan 353 kes kecurian kabel, besi dan logam pada tahun lepas melibatkan kerugian berjumlah RM3.1 juta, manakala bagi tempoh Januari hingga April lepas, sebanyak 80 kes sama dicatatkan membabitkan kerugian RM1.3 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan