Warganegara Terlibat Bangunkan iPhone 4 Bakal Kembali Ke Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim memegang iPhone4 semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, Jumaat.
Lim memegang iPhone4 semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia, Timothy Lim Seng Yen yang terlibat dalam pembangunan iPhone 4 ketika baru berusia 24 tahun mempunyai rancangan besar untuk masa depannya.

Cita-cita jangka panjangnya adalah kembali ke negara suatu hari nanti untuk menabur bakti.

"Saya faham Malaysia menghadapi masalah perhijrahan cendekiawan ke luar negara, yang mana para penuntut belajar di luar negara dan tidak pulang ke negara selepas itu.

"Seperkara yang pasti ingin saya buat ialah mengasah pelbagai kemahiran saya di seluruh dunia dan kemudiannya menyumbangkannya kepada tanah air saya, Malaysia," kata Lim.

Tambahnya, dia ingin mencabar dirinya untuk melihat sejauh mana dia boleh berjaya di peringkat antarabangsa sebelum pulang ke negaranya.

Enam tahun lalu, Lim mencipta namanya apabila ditawarkan peluang belajar di tiga universiti berprestij iaitu Universiti Oxford di Britain, Universiti Harvard dan Stanford di Amerika Syarikat.

Ini susulan kejayaannya memperolehi 11 A dalam peperiksaan O-Level yang didudukinya.

Selepas memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Bio-kimia dari Universiti Stanford, Lim dipilih menganggotai satu pasukan yang ditugaskan untuk mereka cipta iPhone 4 untuk Apple Inc di Amerika Syarikat.

"Selepas bekerja beberapa bulan dalam projek tersebut, saya sedar ingin membuat sesuatu yang merentasi pelbagai disiplin dalam bidang perniagaan.

"Jadi saya kembali ke universiti untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda kedua dalam bidang Sains Pengurusan dan Kejuruteraan," kata Lim yang dilahirkan di London dan baru mencecah usia 24 tahun pada awal bulan ini.

Lim kini bekerja di Sunnyvale, California sebagai juruanalisis sistem perniagaan sepenuh masa (pengurusan operasi) dengan Yahoo! Incorporation.

"Saya selalu mencabar kemampuan diri," kata Lim yang merupakan seorang pemain violin dan piano gred lapan selain mengetuai orkestra di sekolahnya, Harrow School, di Britain.

Beliau turut pernah membuat persembahan dengan Al Jarreau, pemenang anugerah Grammy sebanyak tujuh kalidi satu konsert antarabangsa jazz.

Selain bekerja sepenuh masa dengan Yahoo!, Lim berkongsi ideanya dalam bidang strategi perniagaan dan pembangunan untuk sebuah syarikat elektronik berkaitan muzik dan tarian di Amerika Syarikat dan syarikat minuman.

"Saya biasanya bekerja tanpa henti dan ini merangsangkan minda saya," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, Jumaat.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan