Selpex 2011 Sasar Transaksi Jualan Keseluruhan Bernilai RM150 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ekspo Hartanah dan Gaya Hidup Selangor (SELPEX) 2011 menyasarkan transaksi jualan keseluruhan pesertanya bernilai RM150 juta dengan jumlah pengunjung dijangka mencecah seramai 20,000 orang.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar berkata ekspo anjuran Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) untuk kali ke dua itu juga membabitkan nilai projek hartanah mencecah RM3 bilion merangkumi rumah kediaman pelbagai jenis, rumah kedai, pejabat, pangsapuri dan lot komersil.

"Ekspo ini berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8.00 malam disertai lebih 40 gerai pameran termasuk pemaju hartanah terkemuka seperti Worldwide Holdings Bhd, Sime Darby Properties, Glomac Bhd, Naza TTDI serta beberapa agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM500,000 tajaan beberapa syarikat pameran yang mengambil bahagian dengan menyertai aktiviti seperti kuiz pada Selpex kali ini.

Othman berkata eskpo itu juga bertujuan menjadi platform bagi menggalakkan pemilikan hartanah PKNS di kalangan mereka yang berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan tidak melebihi RM3,500 sebulan.

"Kita membuka peluang kepada mereka untuk memiliki rumah mampu milik melalui pameran kali ini yang menawarkan harga dan reka bentuk rumah yang menarik selain promosi istimewa disediakan membolehkan pengunjung membuat pilihan berdasarkan kemampuan dan cita rasa mereka," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap merasmikan Selpex 2011 berkata lebih banyak projek perumahan berteknologi tinggi akan dibina di Selangor dengan harga berpatutan dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa kepada rakyat negeri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan