Peguam Saman Khazanah Kerana Anaknya Gagal Dapat Biasiswa

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ingin menyaman Khazanah Nasional Berhad, Yayasan Khazanah dan pengarahnya selepas anak lelakinya gagal mendapatkan biasiswa yang ditawarkan oleh yayasan tersebut serta Amanah Komanwel Cambridge.

Peguam, Chan Chow Wang, 67, berkata dia ingin bersara dan oleh itu, sukar bagi membiayai pengajian anaknya, Xiao Yao.

Dia tidak faham mengapa Yayasan Khazanah menolak permohonan Xiao Yao kerana anaknya berjaya menerima tawaran bersyarat daripada Universiti Cambridge untuk melanjutkan pelajaran di situ.

Yayasan Khazanah bersama-sama Amanah Komanwel Cambridge menawarkan biasiswa Khazanah Cambridge bagi para pelajar yang diterima belajar di universiti berprestij tersebut melalui permohonan.

Xiao Yao dijadualkan memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia menerusi Sains Semulajadi pada Oktober ini.

Chan berkata, selepas membuat rayuan, dia mendapat penjelasan daripada yayasan bahawa ia menerima banyak permohonan untuk biasiswa tersebut.

Dia menambah, dia akan menyaman tiga pihak terbabit kerana rasa malu, seksaan batin dan kemurungan yang dialami oleh anaknya.

"Saya akan membuat aduan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat program biasiswa," katanya pada sidang akhbar, Jumaat.

Chan berkata, yuran tusyen untuk pengajian anaknya pada tahun pertama mencecah kira-kira RM89,000 sementara yuran kolej, kira-kira RM22,000.

"Untuk kos sara hidup, anak saya memerlukan kira-kira RM150,000 setahun untuk ijazah sarjana muda selama empat tahun itu. Ia adalah perbelanjaan yang sangat besar," katanya.

Chan berkata, amat sukar baginya untuk membiayai pengajian anaknya kerana bercadang bersara dalam tempoh dua tahun.

Dia turut membiayai kos pelajaran empat orang anaknya termasuk Xian Yao sehingga peringkat A-level.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan