Malaysia Bukan Sasaran Militan Walaupun Anggotanya Mungkin Berada Di Sini - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Malaysia bukan sasaran serangan kumpulan militan, walaupun anggota kumpulan itu mungkin berada di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan keselamatan negara ketika ini cukup terkawal, dan berkata Malaysia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan agensi risikan antarabangsa dalam hal itu.

"Sebenarnya, Malaysia bukan negara sasaran mereka...mungkin mereka ada di negara kita, tetapi bukan sebagai sasaran...setakat inilah.

"Kita ambil tindakan proaktif dan pencegahan. Maklumat yang kita peroleh bukan hanya dalaman agensi kita, tetapi juga daripada agensi antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pendang di Kompleks Umno Paya Mak Inson, Sabtu.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan penahanan seorang anggota kumpulan militan warga Indonesia, Agus Salim, 34, Isnin lepas, yang dipercayai bersubahat dengan Mas Selamat Kasturi, pemimpin rangkaian Jemaah Islamiah (JI) Singapura, yang ditahan di Johor pada April 2009.

Hishammuddin berkata gerakan militan bukan hanya berkisar kepada agama Islam sahaja kerana ancaman keganasan dalam dunia tanpa sempadan kini amat serius, dan ada satu kes mungkin akan diumumkan, yang tidak ada kena mengena dengan Islam, namun ia juga berkaitan dengan militan.

Sehubungan itu, katanya, beliau sering menekankan bahawa masalah warga asing, pekerja asing, pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan penyeludupan senjata, malah pekerja asing yang datang secara halal, mempunyai kaitan dengan jenayah merentasi sempadan.

"Sebab itu, biometrik diperkenalkan baru-baru ini, dan ada juga dua, tiga sistem lain untuk kita buat tapisan...supaya sekurang-kurangnya kita dapat kenal pasti di mana mereka berada, sama ada mereka berada di sini dalam keadaan sah atau buat benda-benda lain yang lebih serius," katanya.

Mengenai cadangan mengadakan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, Hishamuddin berkata tindakan itu boleh menjejaskan keselamatan kerana pihak yang tidak bersetuju mungkin akan berdemonstrasi bagi membantah perhimpunan itu.

"Bersih boleh mengundang kepada kehadiran pihak-pihak yang tidak bersetuju dan boleh membawa kepada perkara yang lebih serius. Polis dan kementerian akan pantau..jangan huru hara negara kita. Kalau dua pihak itu bertembung boleh jejaskan keadaan.

"Akhirnya rakyat sendiri akan tolak kerana jejaskan aktiviti harian mereka. Tiap-Tiap kali demonstrasi orang ramai akan marah...orang nak berniaga, nak pergi kerja, nak hantar anak ke sekolah," katanya.

Mengulas penubuhan Kelab Taat Suami di kalangan isteri berpoligami daripada Global Ikhwan Sdn Bhd, yang dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam, Hishammuddin berkata polis dan kementeriannya sedang menyiasat perkara itu.

Beliau berkata laporan awal menunjukkan mereka tidak menjejaskan keselamatan negara.

"Kalau tindakan kumpulan itu melanggar undang-undang, atau lebih serius boleh menjejaskan keselamatan negara, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata Jabatan Pendaftaran Negara perlu melihat ciri keselamatan dan menjamin kerahsiaan maklumat dalam MyKad berikutan jenayah siber yang semakin meningkat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan