Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Esok Sempena Piala FA

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini.

"Inilah kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa selepas kali pertama muncul naib johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009,dan johan bertemu Selangor pada tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dengan perisytiharan itu beliau berharap penyokong-penyokong bola sepak Kelantan dan rakyat negeri ini supaya pulang dengan selamat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur dan tidak terlalu gopoh untuk pulang ke rumah masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan